PRODUCTIVITY AND CHEMICAL COMPOSITION OF TWENTY IMPROVED TROPICAL GRASSES IN THE HUMID TROPICS

Print
Parent Category: 1980

WONG CHOI CHEE

RINGKASAN

Penilaian kesan terhadap 20 jenis rumput terpilih dengan kadar pembajaan sebanyak 400 kg N sehektar setahun, dan pembuangan daun pada jarak tiap-tiap 5-6 minggu telah dibuat di Serdang, Malaysia, selama 2 tahun. Ini termasuklah menyabit semasa di tahun pertama dan ragutan berselang oleh lembu-lembu di tahun kedua. Penghasilan bahan kering kesemua 20 jenis rumput ini berbeza dari 6.100 ke 27 ,700 kg sehektar setahun dan hasil "protin kasar" pula berbeza di antara 730 ke 2,900 kg sehektar setahun. Jenis-jenis yang mengeluarkan hasil tertinggi ialah Tanganyika guinea, B. decumbens dan Gori guinea diikuti oleh Setaria splendida dan Paspalum plicatulum cv. Rodd's Bay. Hasil bahan kering rumput-rumput tersebut didapati berhubung secara positif dan bermakna (p<0.05) (significantly correlated, p<0.05) dengan pertambahan hujan kecuali pada empat jenis. Peratus bahan kering rumput-rumput tersebut berbeza daripada 16 hingga 33% dengan C. plectostachyus yang tertinggi dan jenis-jenis Setaria yang terendah. Kandungan nitrogen daripada jumlah herba mempunyai kaitan yang negatif terhadap penghasilan bahan kering dan kandungan "protin kasar" pula berbeza dari 10.5 hingga 13.5%. Kandungan natriam dan kalsiam pada amnya adalah lebih tinggi bagi jenis-jenis Setaria sementara kandungan magnesiam adalah tinggi bagi jenis-jenis Paspalum dan Digitaria, Kandungan garam-garam galian (mineral) dan nitrogen terhadap 20 jenis rumput dibincangkan dari segi hubungannya dengan keperluan-keperluan pemakanan binatang.

Full Text (547 KB)