Weed competition in transplanted chilli (capsicum annuum var. mc4)

Print
Parent Category: 1986

W. S. Chong and M. N. Mohsin

Ringkasan

Satu kajian tentang pengaruh rumpai semusim terhadap tumbesaran dan hasil cili (Capsicum annuum var. MC 4) telah dijalankan dengan cara membiarkan populasi asal rumpai bersaing dengan cili secara berkala, iaitu dengan melewatkan atau meneruskan kerja merumput dengan tangan. Analisis tumbesaran menunjukkan perbezaan tinggi pokok cili di petak yang tiada rumpai dan yang berumpai hanya menjadi ketara lapan minggu selepas dialih ke ladang sementara perbezaan garispusat batang hanya ketara 12 minggu selepas mengubah. Kekurangan bahan kering cili dari petak berumpai adalah bererti jika dibandingkan dengan cili dari petak yang tiada rumpai. Berat buah menurun mengikut umur pokok dan bukan bergantung pada perlakuan rumpai. Pengurangan hasil yang bererti sebanyak 60.4% telah didapati akibat daripada rumpai yang tidak dikawal sepanjang musim menanam. Kekurangan hasil adalah tidak bererti bila rumpai yang tumbuh di sepanjang lapan minggu pertama selepas mengubah itu dibuang. Rumpai yang tumbuh kembali empat minggu selepas mengubah juga tidak menyebabkan kekurangan hasil yang bererti. Masa kritis untuk persaingan cili-rumpai ialah dari empat hingga lapan minggu selepas mengubah.

Full Text (1.33 MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Journal of Tropical Agriculture and Food Science (JTAFS)
Publication and Knowledge Management Programme, Corporate Communication and Quality Centre,MARDI Headquarters, Serdang Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor Malaysia
Telephone: +603- 8953 7201 | Fax: +603- 8953 7232
Copyright © 2024 JTAFS. All Rights Reserved.
Joomla Business Templates by template joomla