Proteolytic activity of locally prepared pineapple bromelain
Mat Isa Awang and Omar Ab. Razak
Abstract
Kandungan protein enzim dan aktiviti proteolytik dari bromelain yang disediakan disini dan kesan beberapa faktor keatas aktivitinya telah dikaji. Bromelain dari buah nenas didapati mempunyai kandungan protein sebanyak 58% manakala bromelain dari batang nenas mempunyai 65.3% protein. Aktiviti bromelain dari batang didapati lebih tinggi daripada bromelain dari buah, tetapi aktiviti specifik bromelain dari buah adalah lebih tinggi. Bromelain yang disediakan disini didapati menunjukkan aktiviti yang sama jika dibandingkan dengan bromelain yang didapati dari pasaran. Aktiviti yang optima didapati antara pH 7 hingga 8 dan dalam jarak suhu 350C hingga 500C, manakala natrium klorid menunjukkan kesan perencatan keatas aktiviti enzim itu.
Full Text ( 293 KB )