THE NUTRITIVE VALUE OF A PALM OIL EFFLUENT PRODUCT (PROLIMA) AS A PROTEIN SOURCE IN BROILER DIETS

Print
Parent Category: 1980

S.W. YEONG, SYED ALI, A.B. and FAIZAH, M.

RINGKASAN

Dua percubaan telah dijalankan dengan menggunakan ayam daging untuk meneliti kesan perbezaan kadar 'Prolima' , sejenis hasil peragian tahi kelapa sawit sebagai bahan protin dalam pertumbuhan ayam berumur sehari hingga sepuluh minggu. Dalam percubaan pertama 'Prolima' telah dicampurkan ke dalam makanan permulaan dan makanan tumbesar sebanyak 10, 20, 30 dan 40% menggantikan tepung kacang soya sebagai bekalan protin. Dalam percubaan ke dua. 'Prolima' telah dicampurkan sebanyak 10, 20, 30, 40 dan 50% ke dalam makanan permulaan dan 10, 20, 30, 40 dan 43% dalam makana tumbesaran  dengan menambahkan L-Lysine dan DL methionine untuk membezakan antara makanan tepung soya kawalan dan tepung ikan-tepung sola kawalan. Dalam percubaan pertama didapati tiada perbezaan yng jelas diantara kumpulan. Pengambilan makanan dan tambahan berat badan tidak berbeza didalam semua kumpulan. Dalam percubaan kedua di mana pengambilan makanan, tambahan berat badan dan kecekapan penukaran makanan kepada daging telah diuji, ayam-ayam yang diberi makanan kawalan dan makanan mengandungi 10%, 20% dan 30% 'Prolima' adalah jauh lebih baik dari makanan yang mengandungi 40% dan 43% 'Prolima' (PL/_0.05). Tiada perbezaan jelas didapati pada mutu ayam sembelihan (carcass quality) dalam percubaan pertama tetapi penghasilan daging yang lebih elok dan nisbah daging pada tulang yang lebih tinggi didapati pada ayam-ayam yang diberi makanan mengandungi kadar 'Prolima' yang tinggi di percubaan kedua. Tenaga ungkaibina, peratus kebolehan ungkaibina bahan kering dan peratus nitrogen tersimpan 'Prolima' adalah seperti : 10.13 ± 0.14 kJ/g (2.42 ± 0.03 kcal/g), 48.2 ± 0.7 dan 53.5 + 2.3. Tiada perbezaan jelas terdapat pada pertumbesaran ayam di antara kumpulan yang diberi makanan mengandungi tepung soya dan tepung iakn dalam makanan percubaan dan makanan tumbesaran.

Full Text (600 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Journal of Tropical Agriculture and Food Science (JTAFS)
Publication and Knowledge Management Programme, Corporate Communication and Quality Centre,MARDI Headquarters, Serdang Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor Malaysia
Telephone: +603- 8953 7201 | Fax: +603- 8953 7232
Copyright © 2024 JTAFS. All Rights Reserved.
Joomla Business Templates by template joomla