STUDIES ON THE DEVELOPMENT OF THE ROTAVATOR CUM RIDGER
OOI HO SENG
RINGKASAN
Satu kajian telah dijalankan mengenai kesesuaian pembajak berputar (rotary cultivator) yang di sambungi dengan pembatas (ridger) untuk digunakan di atas tanah lekit (cohesive soil). Analisa tentang tarikan (draught force), hasil dari penggunaan pembajak berputar itu telah dibuat. Ini bertujuan untuk mendapatkan keterangan dan kefahaman lengkap tentang reka-bentuk dan pembinaan alat penyambung antara pembatas (ridger) dan pembajak berputar. Dari ujian yang di jalankan didapati bahawa penggunaan mesin pembajak-pembatas (rotavator cum ridger) itu adalah memuaskan.
Full Text (3.4 MB)
THE EFFECT OF THREE METHODS OF DRYING ON THE VIABILITY, VIGOUR AND STORABILITY OF MAIZE, (ZEA MAYS L.), SORGHUM (SORGHUM VULGARE L.) AND SOYBEAN (GLYCTNE MAX (L) MERRILL) SEEDS
TENG YEEW THAI
RNGKASAN
Tiga cara pengeringan iaitu, pengeringan dengan cahaya matahari, oven dan dengan menggunakan mechanical-drier telah di jalankan ke atas bijihbenih jagung, sekoi dan kacang soya untuk menentukan kesan ketiga-tiga cara pengeringan terhadap percambahan, kecergasan dan penyimpanan bijihbenih. Di antara ktiga-tiga cara pengeringan tersebut, pengeringan dengan oven dan dengan menggunakan mechanical-drier pada suhu 40°C telah didapati lebih berkesan untuk mengurangkan kandungan kelembapan bijihbenih jika dibandingkan dengan pengeringan dengan cahaya matahari. Bijihbenih jagung, sekoi dan kacang soya yang dikeringkan dengan menggunakan oven dan mechanical-drier juga mempunyai percambahan dan kecergasan yang lebih tinggi, dan boleh disimpan lebih lama dengan baiknya jika dibandingkan dengan pengeringan dengan cahaya matahari. Pada amnya, pengeringan dengan cahaya matahari bagi bijihbenih jagung sekoi, dan kacang soya sebagai perlakuan sebelum simpanan di dalam keadaan sekeliling di Malaysia sangat merugikan kepada mutu bijihbenih dan mengakibatkan kehidupan bijih benih di di dalam simpanan lebih buruk jika di bandingkan denagn pengeringan menggunakan oven dan mechanical-drier pada suhu 40°C
Full Text (612 KB)
PRODUCTIVITY AND CHEMICAL COMPOSITION OF TWENTY IMPROVED TROPICAL GRASSES IN THE HUMID TROPICS
WONG CHOI CHEE
RINGKASAN
Penilaian kesan terhadap 20 jenis rumput terpilih dengan kadar pembajaan sebanyak 400 kg N sehektar setahun, dan pembuangan daun pada jarak tiap-tiap 5-6 minggu telah dibuat di Serdang, Malaysia, selama 2 tahun. Ini termasuklah menyabit semasa di tahun pertama dan ragutan berselang oleh lembu-lembu di tahun kedua. Penghasilan bahan kering kesemua 20 jenis rumput ini berbeza dari 6.100 ke 27 ,700 kg sehektar setahun dan hasil "protin kasar" pula berbeza di antara 730 ke 2,900 kg sehektar setahun. Jenis-jenis yang mengeluarkan hasil tertinggi ialah Tanganyika guinea, B. decumbens dan Gori guinea diikuti oleh Setaria splendida dan Paspalum plicatulum cv. Rodd's Bay. Hasil bahan kering rumput-rumput tersebut didapati berhubung secara positif dan bermakna (p<0.05) (significantly correlated, p<0.05) dengan pertambahan hujan kecuali pada empat jenis. Peratus bahan kering rumput-rumput tersebut berbeza daripada 16 hingga 33% dengan C. plectostachyus yang tertinggi dan jenis-jenis Setaria yang terendah. Kandungan nitrogen daripada jumlah herba mempunyai kaitan yang negatif terhadap penghasilan bahan kering dan kandungan "protin kasar" pula berbeza dari 10.5 hingga 13.5%. Kandungan natriam dan kalsiam pada amnya adalah lebih tinggi bagi jenis-jenis Setaria sementara kandungan magnesiam adalah tinggi bagi jenis-jenis Paspalum dan Digitaria, Kandungan garam-garam galian (mineral) dan nitrogen terhadap 20 jenis rumput dibincangkan dari segi hubungannya dengan keperluan-keperluan pemakanan binatang.
Full Text (547 KB)
THE NUTRITIVE VALUE OF A PALM OIL EFFLUENT PRODUCT (PROLIMA) AS A PROTEIN SOURCE IN BROILER DIETS
S.W. YEONG, SYED ALI, A.B. and FAIZAH, M.
RINGKASAN
Dua percubaan telah dijalankan dengan menggunakan ayam daging untuk meneliti kesan perbezaan kadar 'Prolima' , sejenis hasil peragian tahi kelapa sawit sebagai bahan protin dalam pertumbuhan ayam berumur sehari hingga sepuluh minggu. Dalam percubaan pertama 'Prolima' telah dicampurkan ke dalam makanan permulaan dan makanan tumbesar sebanyak 10, 20, 30 dan 40% menggantikan tepung kacang soya sebagai bekalan protin. Dalam percubaan ke dua. 'Prolima' telah dicampurkan sebanyak 10, 20, 30, 40 dan 50% ke dalam makanan permulaan dan 10, 20, 30, 40 dan 43% dalam makana tumbesaran dengan menambahkan L-Lysine dan DL methionine untuk membezakan antara makanan tepung soya kawalan dan tepung ikan-tepung sola kawalan. Dalam percubaan pertama didapati tiada perbezaan yng jelas diantara kumpulan. Pengambilan makanan dan tambahan berat badan tidak berbeza didalam semua kumpulan. Dalam percubaan kedua di mana pengambilan makanan, tambahan berat badan dan kecekapan penukaran makanan kepada daging telah diuji, ayam-ayam yang diberi makanan kawalan dan makanan mengandungi 10%, 20% dan 30% 'Prolima' adalah jauh lebih baik dari makanan yang mengandungi 40% dan 43% 'Prolima' (PL/_0.05). Tiada perbezaan jelas didapati pada mutu ayam sembelihan (carcass quality) dalam percubaan pertama tetapi penghasilan daging yang lebih elok dan nisbah daging pada tulang yang lebih tinggi didapati pada ayam-ayam yang diberi makanan mengandungi kadar 'Prolima' yang tinggi di percubaan kedua. Tenaga ungkaibina, peratus kebolehan ungkaibina bahan kering dan peratus nitrogen tersimpan 'Prolima' adalah seperti : 10.13 ± 0.14 kJ/g (2.42 ± 0.03 kcal/g), 48.2 ± 0.7 dan 53.5 + 2.3. Tiada perbezaan jelas terdapat pada pertumbesaran ayam di antara kumpulan yang diberi makanan mengandungi tepung soya dan tepung iakn dalam makanan percubaan dan makanan tumbesaran.
Full Text (600 KB)
EFFECTS OF DIFFERENT METHODS OF FERTILIZER APPLICATION ON THE YIELD AND QUALITY OF PINEAPPLE
A.C. LEONG
RINGKASAN
Kajian telah di jalankan untuk mengetahui kesan-kesan formula-formula baja yang berlainan yang
sedang dijalankan oleh pihak pekebun kecil dan lading (estate) ke atas hasil kos/pulangan (returns), dan mutu tanaman nenas. Lima formula baja telah di uji di kawasan tanah gambut di negeri Johor. Pertumbuhan pokok telah direkodkan hingga 12 bulan selepas ditanam dan hasil telah dipungut selepas 18 bulan. Bentuk pertumbuhan adalah bergantung pada kadar pemakanan (nutrients) yang digunakan. Forrmula baja yang disyorkan oleh MARDI, menghasilkan buah yang lebih besar, hasil yang paling tinggi serta kos/pulangan per hektar yang tertinggi. Perubahan hasil adalah selaras dengan kadar N yang digunakan. Kandungan gula (°Brix) dan asid (% citric acid) adalah tidak di pengaruhi oleh perlakuan (treatmeant) yang dijalankan. Kepentingan unsur Zn dan kekerapan pembajaan perlu dikaji dengan lebih lanjut dan mendalam lagi
Full Text (355 KB)
More Articles...
- ANALYSIS OF TOCOPHEROLS AND TOCOTRIENOLS IN PALM OIL AND PALM OLEIN BY HIGH PERFORMANCE LIQUID CHROMATOGRAPHY(HPLC) : A PRELIMINARY STUDY
- LIMING EFFECTS ON THE PERFORMANCE OF SUGAR-CANE IN KEDAH
- MACRO AND MICRO NUTRIENT CONTENTS AND REMOVAL BY LETTUCE (LATUCA SATIVA)
- EVALUATION OF DIETARY PROTEIN SEQUENCES FOR GROWING-FINISHING PIGS