EVALUATION OF DIETARY PROTEIN SEQUENCES FOR GROWING-FINISHING PIGS
C.H. PHUAH
RINGKASAN
Empat-puluh ekor babi kacukan telah digunakan untuk mengkaji kesan rangkaian paras protein ke atas keberjayaan dan sifat -sifat karkas. Rangkaian paras protein adalah ( 1/2 protein untuk tiap- tiap fasa I, II dan III ) : ( a ) 16-16-14 (b) 16-16-12 (c) 16-14-14 (d) 16-14-12 (e) 16-12- 12 (f) 16-16 /14 berselang seli setiap minggu (g) dan (h) 16-16/12 berselang seli setiap minggu dan (h) 16-14/12 berselang seli setiap minggu. Dalam fasa 1, semua babi diberi protein pada paras 16%. Bagi fasa II, pengambilan makanan babi yang menerima paras protein 16% adalah lebih rendah (P/ 0.05) tetapi pengubahan kecekapan makanan adalah lebih baik (P/ 0.01) jika di bandingkan dengan babi yang mendapat paras protein 14% dan 12%. Walau bagaimanapun pertambahan berat badan tidak dipengaruhi dengan nyata oleh perbezaan paras protein. Rangkaian paras protein tidak menunjukkan perbezaan yang nyata terhadap pertambahan berat badan, pengambilan makanan dan kecekapan pengubahan makanan bagi keseluruhan kajian. Bermula dari berat badan 30 kg, babi-babi yang menerima paras protein yang berselang di antara 16-14/12%. Sifat-sifat karkas tidak dipengaruhi dengan nyata oleh rangkaian paras protein. Di antara babi-babi yang mendapat paras protein yang berselang seli, purata ketebalan lemak bagi babi-babi yang menerima paras protein yang berselang -seli di antara 16-14/12% adalah lebih nipis (P/_0.05) jika di bandingkan dengan babi yang menerima purata paras protein berselang-seli di antara 16-16/12%, sementara sifat-sifat karkas lain tidak dipengaruhi.
Full Text (322 KB)